Tuesday, December 19, 2017

MAJLIS PERPISAHAN TUAN NOOR AZREEN



Cikgu Tuan Noor Azreen Tuan Kader

Moga jasa mu dikenang semua warga PPKI Seri Kota


Pada 24 November 2017 Puan Tuan Noor Azreen Tuan Kader  telah mengetahui  keputusan pertukarannya.  Beliau berjaya mendapat pertukaran ke Kuala Terengganu pada 2 Januari 2018. Dalam kesuntukan masa dan hari terakhir persekolahan semua GPKI  dan PPM telah berusaha mengadakan majlis ringkas khas untuk Cikgu Tuan Noor Azreen. Syukur Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan majlis dapat disempurnakan walaupun dalam suasana yang hiba kerana semua warga PPKI terpaksa berpisah dengan beliau.